Cabaran ini hanya terbuka untuk peserta-peserta yang mendaftar kelas kecergasan (Fitness Group Training) di bawah kendalian gym studio Heya Fitness bermula dari January 2025.
Berumur 18 tahun keatas dan sihat tubuh badan. Tempoh cabaran adalah sepanjang setahun. Penyampaian hadiah dijangka pada hujung tahun iaitu bulan December 2025.
Syarat-syarat penyertaan cabaran ‘Get In Shape’ adalah seperti berikut :
- Penyertaan automatik untuk peserta yang telah mendaftar kelas ‘Fitness Group Training’ bagi tahun 2025.
- Peserta hendaklah menyertai sekurang-kurangnya 3x batch Fitness Group Training dalam tahun 2025.
- Peserta dikehendaki untuk timbang berat awal, di gym studio Heya Fitness. Keputusan mesin timbang selain dari gym Heya Fitness adalah tidak dibenarkan.
- Peserta yang ingin menyertai cabaran perlu tandatangan ‘participants liability waiver form’.
- Peserta yang mempunyai penyakit kritikal yang berkaitan dengan jantung, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
- Peserta tidak digalakkan untuk melakukan diet pemakanan yang terlalu extreme sehingga mengganggu tahap kesihatan.
- Timbangan berat akhir, akan dibuat pada minggu akhir bulan November 2025.
WEIGHT LOSS CHALLENGE :
Pemenang dikira berdasarkan jumlah paling tinggi angka penurunan berat badan (KG) dan minimum penurunan hendaklah sebanyak 8KG.
- Juara : RM2000 tunai & hadiah saguhati
- Kedua : RM1000 tunai & hadiah saguhati
- Ketiga : RM500 tunai & hadiah saguhati
## Sekiranya tiada peserta yang layak dalam lingkungan minimum penurunan 8kg, hadiah kategori ini akan terbatal dengan sendirinya.
Bonus : Pemenang yang berjaya mengurangkan berat badan melebihi 20KG akan menerima tambahan hadiah bonus iaitu 11inch Apple Ipad 11th Generation, 256gb Wifi (Bernilai RM1699). Jika ketiga-tiga pemenang berjaya kurangkan berat melebihi 20KG, jadi akan ada 3 penerima hadiah bonus.
Tarikh timbang akhir (Final Weigh-Out) : 30 Nov (9.30am), 1 Dec (7.00pm) & 2 Dec (9.30am).
CREATIVE CONTENT CHALLENGE (INSTAGRAM) :
Peserta-peserta yang memiliki kreativiti dalam menghasilkan IG video reels / IG story yang berkaitan dengan kelas fitness, cabaran Get In Shape dan gym studio Heya Fitness adalah digalakkan menyertai cabaran ini. Hanya perlu upload & post video yang dihasilkan di instagram masing-masing & mention/tag Heya Fitness. Akaun IG anda hendaklah di’set’kan kepada public.
Pemenang akan ditentukan pada hasil content yang paling konsisten, mengikut trend terkini, kreatif dan menarik.
- Pemenang yang terpilih akan menerima : RM500
#Juara creative content challenge bagi batch yang lepas tidak termasuk dalam cabaran ini.
#Content yang menarik akan diulang siar dan dipaparkan pada akaun IG Heya Fitness.
STRENGTH & FITNESS CHALLENGE
- Date : 13 December 2025 (Saturday)
- Time : 8.30am – 12.30pm
- Venue : Heya Fitness, Setapak
Registered participants will receive Heya T-shirts, Heya Shoe Bags & Syarnis merchandise.
Click Here for full details
Heya Fitness berhak mengubah sebarang syarat atau aturcara cabaran sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kesulitan tertentu.
Tarikh Kemaskini : 15 Nov 2025