Coach Heya
Nama sebenar adalah Helmi Yahya, berumur 40 tahun. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang ‘Fitness’, sebagai jurulatih kecergasan peribadi & berkumpulan, menganjurkan program kecergasan & acara larian, mahir dalam ilmu pemakanan untuk kurangkan berat badan, bodytoning dan bina badan serta merupakan pengasas program Slim & Fit Malaysia.
Selain membantu masyarakat untuk mengubah tabiat ke arah gaya hidup aktif & sihat. Saya juga mempunyai visi untuk menyediakan seberapa banyak yang mungkin tempat latihan (indoor fitness studio) yang selesa bagi individu atau berkumpulan (terutamanya wanita) untuk bersenam, melakukan pelbagai jenis aktiviti kecergasan dan dilatih jurulatih berpengalaman.
Terima kasih atas sokongan semua selama ini, semoga usaha ini diberkati.